12 November, 2013

Healing Crisis

Salam..

Entry kali ni nak cerita pasal kesan GLA yang saya ambik bulan lepas..

Kali ni Cik P delay 5 hari..Ingatkan dah peknen rupe nye idok la lagi...Sepatutnya Cik P datang 3/11 tapi 9/11 baru nak terjenguk-jenguk keluar..Haish bikin suspen btol la..

Nampak nya GLA bagi period saya x regular..okey xmau melatah cepat sangat coz mengikut kata upline saya, delay period benda biasa bila start makan GLA shaklee. Itu tandanya 'HEALING CRISIS' sementara nak ngam ngan badan kita..Untuk bulan ni teruskan je la makan GLA tu..Kalau distributor sendiri xpercaya dekat produk sendiri macam mana nak promote kat orang lain..So kena yakin..

Kita hanya berusaha tapi Allah s.w.t yang bagi rezeki..

30 October, 2013

GLA vs EPO

Salam..
Dulu saya penah cerita pasal EPO..Bila makan senggugut x terok sangat, n period datang pon on time je xdak delay & xdak awal..

Biasa la orang yang sedang Ber TTC ni kalau boleh semua benda nak try..dengar je ada ubat yang bagus bleh bagi peknen cepat semua nak beli, semua nak bedal...then bila try sekali xlekat terus stop cari plak ubat lain..

Lepas amik EPO aritu, habis je 1 botol trus stop, sbb rasa macam x membantu pon..Kali ni saya try plak GLA shaklee..Rasa-rasanya ramai kot yang dah tahu pasal produk shaklee ni..Memang produk shaklee ni bagus (nak promote cket sbb dah jadi distributor shaklee) coz saya sendiri yang makan and dah rasa dah perbezaan dia tapi untuk GLA ni first time baru try sebab nya takut nak campur-campur ubat kang xsihat jadi penyakit plak kot..GLA and EPO ni sama jer fungsinya tapi xtau la plak lain brand lain hasilnya, so kira nak buat eksperimen kat diri sendiri la ni..

Cara makan still sama, ambik time 1st period then bila time subur kena stop ..Lepas tu saya ada amik ESP and B-Complex..Husband plak just makan Zinc..ni untuk set kesuburan shaklee bagi husband & wife la.. Bukan nak soh orang beli ke hape ke tapi ni saya nak tengok kesan produk ni kat badan saya sendiri..Sebab lain orang lain tindakbalas nye..

Tapi setakat ni memang kesan dia lebih kurang macam EPO je..Period saya bulan lepas 3/10 so budget dia nak datang plak 3/11 ni, dah nak dekat dah ni tapi tanda2 sebelum period macam sakit breast xdak lagi la..kira mungkin dia akan datang macam tu je tanpa da simtom pms..Hmmm bagus gak tu.. Kita tunggu dan lihat jer


Ini la rupa nye GLA shaklee ni

17 October, 2013

BBT & OPK

Salam semua..

Fuhhh lama gile kot x wat entry dalam blog ni..Rasa cam bersawang-sawang-sawang..Nak buat macam mana dengan kebizian yang terlampau..

Xpe la..kali ni entry nak citer cket pasal BBT and OPK. Pada sesapa yang tahu ok la..Tapi pada sesapa yang baru nak tahu and dah tahu dan nak cuba apply macam saya buat sekarang ni..

Kalau nak tahu, ini adalah salah satu usaha pada sesapa yang sedang TTC and nak cuba dalam cara yang normal, Macam saya ni..

BBT (Body Basal Temperature) ni kalau nak buat kena ada disiplin diri coz setiap hari dari first period kena amik suhu badan..Pastikan diambil pada waktu pagi means lepas jaga je dari tido terus amik, letak termometer tu bawah bantal and pastikan suhu diambil pada masa yang sama setiap hari..Kalau start buat BBT set jam pukul 6.30 pgi sampai bila-bila pon kena ambil 6.30 pgi, kalau lewat stgh jam masih bleh dikira asalkan jgn bergerak..Then, masa nak amik suhu tu termometer tu kena letak bawah lidah, yang ni pon sama gak, kalau dah start letak bawah lidah sebelah kanan selamanya kena belah kanan, kalau belah kiri selamanya sebelah kiri..lepas dah amik suhu opcoz kena catat dalam graf, macam yang saya buat saya download satu application ni terus dalam HP so senang nak hapdet ke apa ke..Setakat ni dah 3 cycle saya buat macam dah boleh nampak patern dah..bila period suhu akan drop lepas habis period suhu akan naik sikit, bila time subur suhu akan drop lagi and akan tinggi and maintain bila dalam tempoh 2ww (2 week wait) dan lagi sekali akan turun bila nak datang period balik..

BBT ni kena disertakan ngan OPK (Ovulation Prediction Kit)..pada sesapa yang dah tahu OPK untuk apa tahniah yer, pada yang xtahu meh sini nak citer..OPK ni macam pregnancy test,tapi ini untuk cek time subur kita..Kalau dapat line terang maknanya time tu subur la, then lepas 36-48 jam digalakkan untuk bersama dengan husband..
Ada cara2 gak nak cek guna OPK ni, kalau saya, saya akan cek pada hari ke-12 sampai hari ke-16.Digalakan untuk ambil pada jam 2.00 ptg @ 2.30 ptg dan kena puasa air 3 jam sebelum test..Tapi x semestinya kena ambil pukul 2.00ptg, macam saya yang bz sangat ni, slalunya saya buat time balik rumah dalam kul 7.00ptg cmtu. still akan naik 2 line kalu kena time subur la..



yg ni test pada hari ke-16 & 17 bulan lepas

 

10 July, 2013

Selamat Datang Ramadhan

Salam..

Hari ni 1 Ramadhan start la kita semua orang islam berpuasa..Sembahyang tarawikh semalam x berkesempatan nak pergi biasala, xdak teman nak pegi husband pon balik pukul 10 malam..Malam ni ingat nak ajak husband pegi sembahyang terawikh dekat masjid dekat ngan umah tu, coz husband pon cuti arini tapi malangnya Cik P datang polak...haish stress tau x... Baru nak pegi solat zohor, then bile g toilet tengok dah ada spotting..Hmmm

Yang peliknya bulan ni punya cycle baru 23 kot..xpham tol..So, bila dah datangnya Cik P ni bermakna treatment yang aritu kira xberjaya la...Frust nya..

Kenapa setiap kali datang Cik P misti ada 1 perasaan yang rasa cam nak marah kat diri sendiri, kenapa la ngan badan aku ni, apa la susah sangat nak lekat sedang kan telur dah ok..bila pikir2 balik rasa macam x boleh terima Qada dan Qadar Allah s.w.t plak..Astagfirullahhalazim

Macam yang Dr bagitau aritu, kitorang akan stop dulu untuk bulan ni, then akan sambung plak lepas raya..
Tapi rasa macam dah xdaya nak teruskan treatment ni..Da mula nak give up rasa..Bukan give up untuk berTTC ni, tapi give up nak pegi jumpa Dr..Huhhh

p/s: Untuk bulan ni rasa macam nak try balik pakai lumiglow.

26 June, 2013

IUI

Salam..

Tajuk kali ni bkn sebab saya yang buat IUI tapi sebab baru dapat info pasal benda ni..

Macam yang entry sebelum ni saya ada bagitau kitorang still kena pegi buat treatment. Period yang ke-2 pegi jumpa Dr. and then Dr kasi ubat subur (clomid) untuk makan dari CD2-CD6, CD8 kena buat TVS scan plak.. TVS scan ni untuk scan telur and amik ukur diameter besar telur kita..


Macam ni la cara TVS tu dibuat
Semalam 25/6 kitorang pegi jumpa Dr n buat TVS ni lepas dah amik clomid smpai 5hari aritu..So bila scan Dr pon tunjuk la telur2 tu..Untuk kali ni telur2 tu memang dalam saiz yang agak besar compare dengan first time amik clomid aritu. Semua telur2 tu ada la 3biji semua..
Saiz lebih kurang 23mm, 22mm & 18mm..Dr cakap memang dah ok dah kira xdak masalah la..

Lepas tu terus Dr tu nak bagi injection lagi macam aritu jugak, kira buat benda yang sama la..Injection yang Dr bagi tu baru semalam saya tahu apa benda tu..Tu pun lepas dah search pasal iui la..huhuhu, Injection tu nama nya HCG untuk matangkan telur..Lepas suntik Dr suruh stop untuk bersama ngan husand untuk malam tu lepas tu baru on untuk 3hari berturut-turut..

Dekat sini just nak share pasal iui ngan rawatan yang saya amik tu sebenar nya lebih kurang sama tapi saya punya still secara semulajadi, means dekat sini semua proses sama je dari amik ubat clomid, scan telur and suntik HCG tapi kalau iui Dr akan amik sperm suami yang berkualiti untuk disuntik kedalam telur isteri dan akan melalui beberapa peringkat lagi dan kesan keatas isteri memang teruk macam x boleh bergerak banyak dan akan ada bleeding skit..Ini dari apa yang saya baca la..IUI ni kalau dalam bahasa senang nya 'Permanian Berhadas'. Kiranya kalau nak mengandung dengan cara IUI ni boleh dikatakan cara yang x secara semulajadi la tapi kalau ini saja cara untuk mengandung & dapat anak semua orang akan buat..So peratus untuk mengandung dengan cara IUI ni bleh dikatakan bukan la 100%, mungkin dalam 40%-50% kot wallahhuallam..

Sebelum balik Dr ada cakap benda yang sama macam haritu, ada dua kemungkinan, mengandung & x mengandung maknanya Cik P yang seterusnya akan datang dalam masa 2 minggu lagi dan kalau mengandung kena datang untuk buat UPT pada 23/7 dan last sekali Dr ada cakap 'all the best"..lawak plak Dr ni. Charge nya macam biasa la RM350, xtau la kalau kos ni yang mahal compare dengan orang lain yang penah buat rawatan ni...

p/s: Kesan clomid untuk bulan ni memang boleh rasa..Dr mcm tau2 jer apa yang saya rsa bila makan ubat ni, dia tanya dengan senyum2 "macam mana dengan ubat? ada kesan x? saya pon kata, "Dr i xdak selera makan la"..Then dia kata memang kesan ubat ni macam tu..
Hmmm bukan ke kalau amik ubat clomid badan macam dipam2, kalu xdak selera makan tiap2 bulan pon sanggup amik ubat ni..hihihi




17 June, 2013

Cubaan Dan Dugaan

Salam..

Hari ni first day Cik P datang..huhuhu
Panjang cycle period untuk bulan ni 27hari..ingat ke dalam 22hb or xdatang terus tapi rupanya Cik P menjenggah jua..
Kul 4.00 pagi tadi bangun sahur xdak pa pun, kul 6.30 bangun dah da spotting sket..X pa la (pujuk diri sendri)

So, esok macam biasa la, CD2 kena p jumpa doc untuk amik ubat subur balik..Lagipon doc ada bagitau, sekurang-kurang nya ubat subur tu kena amik 3kali cycle..

Macam biasa la perasaan kalau datang Cik P ni, memang frust tapi semangat nak mencuba & x berputus asa sentiasa ada..Mungkin ni la kekuatan kami laki bini..

Cubaan kali ni x berjaya mungkin cubaan kali ke-dua nanti berjaya..Sentiasa positif kan diri..
Mungkin ni la dugaan yang kami kena tempuh..
Apa-apa pon jangan putus asa dan kena kuat semangat untuk treatment kali ni...
 

02 June, 2013

Rawatan Susulan

Salam..

Entry kali ni nak cerita pasal rawatan susulan yang Dr soh buat 30/5 aritu..

Sebelum tu Dr ada soh makan ubat subur dari C2 sampai C6 ubat tu kena makan sehari 2 biji kos untuk ubat tu & consultation semua sekali RM95 n appointment seterusnya 30/5 untuk check telur besar ke x..Dr tu da pesan sebelum jumpa dia kena buang air kecil habis2 dulu sebab dia nak scan dari bawah.
So, malam tu kami pon pergi la untuk check, perasaan time tu memang malu sangat2 coz Dr. Koh tu lelaki tapi nak buat macam mana..Nurse soh bukak seluar time tu rasa malu sangat2 sebab nurse pon muda2 lagi, dalam hati rasa nyesal plak sebab xpakai kain..huhuhu

Masa Dr. scan tu dia ada tunjuk kilang rahim & dia try cari telur..Alhamdulillah Dr. tu jumpa 3 biji telur, 2 biji dekat sebelah kanan & sebiji dekat sebelah kiri & ukuran 3biji telur tu boleh dikatakan dalam ukuran yang normal..12mm, 14mm & yang paling besar 15mm..


Lepas dan scan sume, Dr tu cakap dia nak injection & soh kami datang lagi 1/6 coz Dr tu cakap telur akan membesar sehari 1mm, maknanya 1/6 nanti telur yang paling besar tu akan jadi 17mm maknanya dah matang thats why dia nak injection untuk pecahkan telur & siap bagitau lagi kos untuk injection tu RM350..(Duit lagi, xpela janji kami dah cuba yang terbaik)..So sebelum balik Dr tu ada pesan untuk malam ni boleh bersama, 31/5 kena stop & 1/6 pukul 10 pagi kena jumpa dia untuk injection..

So, 1/6 pagi pukul 10 tu kami pon pegi lagi untuk injection macam yang Dr tu bagitau ingat ka just nak inject je rupa nye kena scan lagi skali..(haiyaa segan wooo)..Tapi yang pelik nya scan kali ni Dr cuma jumpa 2 biji telur je, dua2 dalam ukuran yang ok..yang paling besar aritu memang dah jadi 17mm..Hmmm kira xdak masalah la ni..

Lepas inject, Dr. tu cakap malam ni xboleh bersama lagi, 2/6 sampai 4/6 baru boleh bersama..& next appointment 28/6 kalau Cik P xdatang dia akan UPT..tapi kalau Cik P datang jugak C2 (22/6) kena jumpa dia lagi..

Doakan saya berjaya kali ni..Aminnnnn

p/s: saya ada tanya Dr. ukuran telur yang matang berapa ukuran nya & Dr tu bagitau 17mm atau lebih..Just for sharing