12 November, 2013

Healing Crisis

Salam..

Entry kali ni nak cerita pasal kesan GLA yang saya ambik bulan lepas..

Kali ni Cik P delay 5 hari..Ingatkan dah peknen rupe nye idok la lagi...Sepatutnya Cik P datang 3/11 tapi 9/11 baru nak terjenguk-jenguk keluar..Haish bikin suspen btol la..

Nampak nya GLA bagi period saya x regular..okey xmau melatah cepat sangat coz mengikut kata upline saya, delay period benda biasa bila start makan GLA shaklee. Itu tandanya 'HEALING CRISIS' sementara nak ngam ngan badan kita..Untuk bulan ni teruskan je la makan GLA tu..Kalau distributor sendiri xpercaya dekat produk sendiri macam mana nak promote kat orang lain..So kena yakin..

Kita hanya berusaha tapi Allah s.w.t yang bagi rezeki..

30 October, 2013

GLA vs EPO

Salam..
Dulu saya penah cerita pasal EPO..Bila makan senggugut x terok sangat, n period datang pon on time je xdak delay & xdak awal..

Biasa la orang yang sedang Ber TTC ni kalau boleh semua benda nak try..dengar je ada ubat yang bagus bleh bagi peknen cepat semua nak beli, semua nak bedal...then bila try sekali xlekat terus stop cari plak ubat lain..

Lepas amik EPO aritu, habis je 1 botol trus stop, sbb rasa macam x membantu pon..Kali ni saya try plak GLA shaklee..Rasa-rasanya ramai kot yang dah tahu pasal produk shaklee ni..Memang produk shaklee ni bagus (nak promote cket sbb dah jadi distributor shaklee) coz saya sendiri yang makan and dah rasa dah perbezaan dia tapi untuk GLA ni first time baru try sebab nya takut nak campur-campur ubat kang xsihat jadi penyakit plak kot..GLA and EPO ni sama jer fungsinya tapi xtau la plak lain brand lain hasilnya, so kira nak buat eksperimen kat diri sendiri la ni..

Cara makan still sama, ambik time 1st period then bila time subur kena stop ..Lepas tu saya ada amik ESP and B-Complex..Husband plak just makan Zinc..ni untuk set kesuburan shaklee bagi husband & wife la.. Bukan nak soh orang beli ke hape ke tapi ni saya nak tengok kesan produk ni kat badan saya sendiri..Sebab lain orang lain tindakbalas nye..

Tapi setakat ni memang kesan dia lebih kurang macam EPO je..Period saya bulan lepas 3/10 so budget dia nak datang plak 3/11 ni, dah nak dekat dah ni tapi tanda2 sebelum period macam sakit breast xdak lagi la..kira mungkin dia akan datang macam tu je tanpa da simtom pms..Hmmm bagus gak tu.. Kita tunggu dan lihat jer


Ini la rupa nye GLA shaklee ni

17 October, 2013

BBT & OPK

Salam semua..

Fuhhh lama gile kot x wat entry dalam blog ni..Rasa cam bersawang-sawang-sawang..Nak buat macam mana dengan kebizian yang terlampau..

Xpe la..kali ni entry nak citer cket pasal BBT and OPK. Pada sesapa yang tahu ok la..Tapi pada sesapa yang baru nak tahu and dah tahu dan nak cuba apply macam saya buat sekarang ni..

Kalau nak tahu, ini adalah salah satu usaha pada sesapa yang sedang TTC and nak cuba dalam cara yang normal, Macam saya ni..

BBT (Body Basal Temperature) ni kalau nak buat kena ada disiplin diri coz setiap hari dari first period kena amik suhu badan..Pastikan diambil pada waktu pagi means lepas jaga je dari tido terus amik, letak termometer tu bawah bantal and pastikan suhu diambil pada masa yang sama setiap hari..Kalau start buat BBT set jam pukul 6.30 pgi sampai bila-bila pon kena ambil 6.30 pgi, kalau lewat stgh jam masih bleh dikira asalkan jgn bergerak..Then, masa nak amik suhu tu termometer tu kena letak bawah lidah, yang ni pon sama gak, kalau dah start letak bawah lidah sebelah kanan selamanya kena belah kanan, kalau belah kiri selamanya sebelah kiri..lepas dah amik suhu opcoz kena catat dalam graf, macam yang saya buat saya download satu application ni terus dalam HP so senang nak hapdet ke apa ke..Setakat ni dah 3 cycle saya buat macam dah boleh nampak patern dah..bila period suhu akan drop lepas habis period suhu akan naik sikit, bila time subur suhu akan drop lagi and akan tinggi and maintain bila dalam tempoh 2ww (2 week wait) dan lagi sekali akan turun bila nak datang period balik..

BBT ni kena disertakan ngan OPK (Ovulation Prediction Kit)..pada sesapa yang dah tahu OPK untuk apa tahniah yer, pada yang xtahu meh sini nak citer..OPK ni macam pregnancy test,tapi ini untuk cek time subur kita..Kalau dapat line terang maknanya time tu subur la, then lepas 36-48 jam digalakkan untuk bersama dengan husband..
Ada cara2 gak nak cek guna OPK ni, kalau saya, saya akan cek pada hari ke-12 sampai hari ke-16.Digalakan untuk ambil pada jam 2.00 ptg @ 2.30 ptg dan kena puasa air 3 jam sebelum test..Tapi x semestinya kena ambil pukul 2.00ptg, macam saya yang bz sangat ni, slalunya saya buat time balik rumah dalam kul 7.00ptg cmtu. still akan naik 2 line kalu kena time subur la..



yg ni test pada hari ke-16 & 17 bulan lepas

 

10 July, 2013

Selamat Datang Ramadhan

Salam..

Hari ni 1 Ramadhan start la kita semua orang islam berpuasa..Sembahyang tarawikh semalam x berkesempatan nak pergi biasala, xdak teman nak pegi husband pon balik pukul 10 malam..Malam ni ingat nak ajak husband pegi sembahyang terawikh dekat masjid dekat ngan umah tu, coz husband pon cuti arini tapi malangnya Cik P datang polak...haish stress tau x... Baru nak pegi solat zohor, then bile g toilet tengok dah ada spotting..Hmmm

Yang peliknya bulan ni punya cycle baru 23 kot..xpham tol..So, bila dah datangnya Cik P ni bermakna treatment yang aritu kira xberjaya la...Frust nya..

Kenapa setiap kali datang Cik P misti ada 1 perasaan yang rasa cam nak marah kat diri sendiri, kenapa la ngan badan aku ni, apa la susah sangat nak lekat sedang kan telur dah ok..bila pikir2 balik rasa macam x boleh terima Qada dan Qadar Allah s.w.t plak..Astagfirullahhalazim

Macam yang Dr bagitau aritu, kitorang akan stop dulu untuk bulan ni, then akan sambung plak lepas raya..
Tapi rasa macam dah xdaya nak teruskan treatment ni..Da mula nak give up rasa..Bukan give up untuk berTTC ni, tapi give up nak pegi jumpa Dr..Huhhh

p/s: Untuk bulan ni rasa macam nak try balik pakai lumiglow.

26 June, 2013

IUI

Salam..

Tajuk kali ni bkn sebab saya yang buat IUI tapi sebab baru dapat info pasal benda ni..

Macam yang entry sebelum ni saya ada bagitau kitorang still kena pegi buat treatment. Period yang ke-2 pegi jumpa Dr. and then Dr kasi ubat subur (clomid) untuk makan dari CD2-CD6, CD8 kena buat TVS scan plak.. TVS scan ni untuk scan telur and amik ukur diameter besar telur kita..


Macam ni la cara TVS tu dibuat
Semalam 25/6 kitorang pegi jumpa Dr n buat TVS ni lepas dah amik clomid smpai 5hari aritu..So bila scan Dr pon tunjuk la telur2 tu..Untuk kali ni telur2 tu memang dalam saiz yang agak besar compare dengan first time amik clomid aritu. Semua telur2 tu ada la 3biji semua..
Saiz lebih kurang 23mm, 22mm & 18mm..Dr cakap memang dah ok dah kira xdak masalah la..

Lepas tu terus Dr tu nak bagi injection lagi macam aritu jugak, kira buat benda yang sama la..Injection yang Dr bagi tu baru semalam saya tahu apa benda tu..Tu pun lepas dah search pasal iui la..huhuhu, Injection tu nama nya HCG untuk matangkan telur..Lepas suntik Dr suruh stop untuk bersama ngan husand untuk malam tu lepas tu baru on untuk 3hari berturut-turut..

Dekat sini just nak share pasal iui ngan rawatan yang saya amik tu sebenar nya lebih kurang sama tapi saya punya still secara semulajadi, means dekat sini semua proses sama je dari amik ubat clomid, scan telur and suntik HCG tapi kalau iui Dr akan amik sperm suami yang berkualiti untuk disuntik kedalam telur isteri dan akan melalui beberapa peringkat lagi dan kesan keatas isteri memang teruk macam x boleh bergerak banyak dan akan ada bleeding skit..Ini dari apa yang saya baca la..IUI ni kalau dalam bahasa senang nya 'Permanian Berhadas'. Kiranya kalau nak mengandung dengan cara IUI ni boleh dikatakan cara yang x secara semulajadi la tapi kalau ini saja cara untuk mengandung & dapat anak semua orang akan buat..So peratus untuk mengandung dengan cara IUI ni bleh dikatakan bukan la 100%, mungkin dalam 40%-50% kot wallahhuallam..

Sebelum balik Dr ada cakap benda yang sama macam haritu, ada dua kemungkinan, mengandung & x mengandung maknanya Cik P yang seterusnya akan datang dalam masa 2 minggu lagi dan kalau mengandung kena datang untuk buat UPT pada 23/7 dan last sekali Dr ada cakap 'all the best"..lawak plak Dr ni. Charge nya macam biasa la RM350, xtau la kalau kos ni yang mahal compare dengan orang lain yang penah buat rawatan ni...

p/s: Kesan clomid untuk bulan ni memang boleh rasa..Dr mcm tau2 jer apa yang saya rsa bila makan ubat ni, dia tanya dengan senyum2 "macam mana dengan ubat? ada kesan x? saya pon kata, "Dr i xdak selera makan la"..Then dia kata memang kesan ubat ni macam tu..
Hmmm bukan ke kalau amik ubat clomid badan macam dipam2, kalu xdak selera makan tiap2 bulan pon sanggup amik ubat ni..hihihi




17 June, 2013

Cubaan Dan Dugaan

Salam..

Hari ni first day Cik P datang..huhuhu
Panjang cycle period untuk bulan ni 27hari..ingat ke dalam 22hb or xdatang terus tapi rupanya Cik P menjenggah jua..
Kul 4.00 pagi tadi bangun sahur xdak pa pun, kul 6.30 bangun dah da spotting sket..X pa la (pujuk diri sendri)

So, esok macam biasa la, CD2 kena p jumpa doc untuk amik ubat subur balik..Lagipon doc ada bagitau, sekurang-kurang nya ubat subur tu kena amik 3kali cycle..

Macam biasa la perasaan kalau datang Cik P ni, memang frust tapi semangat nak mencuba & x berputus asa sentiasa ada..Mungkin ni la kekuatan kami laki bini..

Cubaan kali ni x berjaya mungkin cubaan kali ke-dua nanti berjaya..Sentiasa positif kan diri..
Mungkin ni la dugaan yang kami kena tempuh..
Apa-apa pon jangan putus asa dan kena kuat semangat untuk treatment kali ni...
 

02 June, 2013

Rawatan Susulan

Salam..

Entry kali ni nak cerita pasal rawatan susulan yang Dr soh buat 30/5 aritu..

Sebelum tu Dr ada soh makan ubat subur dari C2 sampai C6 ubat tu kena makan sehari 2 biji kos untuk ubat tu & consultation semua sekali RM95 n appointment seterusnya 30/5 untuk check telur besar ke x..Dr tu da pesan sebelum jumpa dia kena buang air kecil habis2 dulu sebab dia nak scan dari bawah.
So, malam tu kami pon pergi la untuk check, perasaan time tu memang malu sangat2 coz Dr. Koh tu lelaki tapi nak buat macam mana..Nurse soh bukak seluar time tu rasa malu sangat2 sebab nurse pon muda2 lagi, dalam hati rasa nyesal plak sebab xpakai kain..huhuhu

Masa Dr. scan tu dia ada tunjuk kilang rahim & dia try cari telur..Alhamdulillah Dr. tu jumpa 3 biji telur, 2 biji dekat sebelah kanan & sebiji dekat sebelah kiri & ukuran 3biji telur tu boleh dikatakan dalam ukuran yang normal..12mm, 14mm & yang paling besar 15mm..


Lepas dan scan sume, Dr tu cakap dia nak injection & soh kami datang lagi 1/6 coz Dr tu cakap telur akan membesar sehari 1mm, maknanya 1/6 nanti telur yang paling besar tu akan jadi 17mm maknanya dah matang thats why dia nak injection untuk pecahkan telur & siap bagitau lagi kos untuk injection tu RM350..(Duit lagi, xpela janji kami dah cuba yang terbaik)..So sebelum balik Dr tu ada pesan untuk malam ni boleh bersama, 31/5 kena stop & 1/6 pukul 10 pagi kena jumpa dia untuk injection..

So, 1/6 pagi pukul 10 tu kami pon pegi lagi untuk injection macam yang Dr tu bagitau ingat ka just nak inject je rupa nye kena scan lagi skali..(haiyaa segan wooo)..Tapi yang pelik nya scan kali ni Dr cuma jumpa 2 biji telur je, dua2 dalam ukuran yang ok..yang paling besar aritu memang dah jadi 17mm..Hmmm kira xdak masalah la ni..

Lepas inject, Dr. tu cakap malam ni xboleh bersama lagi, 2/6 sampai 4/6 baru boleh bersama..& next appointment 28/6 kalau Cik P xdatang dia akan UPT..tapi kalau Cik P datang jugak C2 (22/6) kena jumpa dia lagi..

Doakan saya berjaya kali ni..Aminnnnn

p/s: saya ada tanya Dr. ukuran telur yang matang berapa ukuran nya & Dr tu bagitau 17mm atau lebih..Just for sharing






28 May, 2013

Modern Treatment

Salam..

Entry ni nak cerita pasal modern treatment plak..aritu dah buat tradisional treatment..hmmm harap-harap menjadi la kali ni..

Bulan lepas 23/4 macam biasa la Cik P dtg tepat2 jer..tapi yang xsyok nyer, dtg dengan pakej yang cukup lengkap, senggugut terok sampai kena amik ubat tahan sakit, sebelum nak datang tu sakit pinggang macam nak terputus, panas badan macam nak demam, then yg paling2 xsuka breast sakit sgt2..

Lepas google dlm tenet, tgk satu ubat ni bleh kurang kan gejala2 PMS ni..ubat tu nama nyer Evening Primrose Oil (EPO) tapi ubat ni kena amik time period lepastu bila nak dekat time subur kna berhenti makan..ini apa yang saya baca dalam tenet la..Then bulan ni Cik P datang 22/5 (memang cantik jer cycle period kali ni)..Tapi yang lagi best nya sebelum Cik P nak datang xrasa apa2 gejala pon, tup-tup datang jer..

Berbalik plak pasal tajuk entry kali ni, lepas habis period bulan lepas, saya & husband rasa dah tiba masa kami untuk pegi jumpa pakar sakit puan, sebab keadaan pon dah stabil lepas pindah rumah baru ni..Kami pegi klinik yang paling dekat ngan area rumah kami nama klinik tu 'Chang & Koh Specialist maternity & fertility centre', kulim kedah.

Doktor yang kami jumpa tu Dr.Koh, ok la stakat ni dia consult memang puas hati n bayaran dia pon xterlalu mahal..Before this saya penah scan untuk check sama ada ovari bengkak ke x ke, doktor tu cakap ovari x bengkak ok jer, tapi yang pelik nya saya ada 2 rahim, kalau x silap tahun lepas..Lepas balik scan mcm2 dalam otak ni pikir & sepupu penah tanya doktor sakit puan dekat tempat keja dia, doktor tu cakap xsemua pompuan ada 2 rahim n the worst part is doktor tu cakap mungkin kalau peknen baby xboleh membesar, so dia suggest soh kecutkan salah satu rahim..

Tu doktor yang dulu, tapi lepas jumpa Dr.Koh n gtau psal benda ni, Dr Koh kata dua rahim bukan satu masalah tapi mungkin satu anugerah (lega rasa..)Dr.Koh cuma check sama ada saya ada dua pangkal rahim atau satu pangkal rahim, alhamdullillah satu saja mungkin xdak masalah kot..Husband kena buat sperm test n result pon ok..(mungkin rezeki xsmpai lagi..tu jer bleh pikir stakat ni..)

First time datang klinik ni charge dia cuma RM185. Scan, sperm test, consultation n dia bagi ubat asid folic..
Next treatment dia soh datang hari kedua period 23/5 kira dah lepas la, time ni dia cuma bagi ubat subur untuk makan hari ke-2 sampai ke-6, so hari ni hari ke-7, then next treatment 30/5 plak..Dr cakap dia nak scan telur sama ada normal ke x..

So next entry saya updated pasal treatment untuk 30/5 ni..








22 April, 2013

TTC @ Try To Conceive

Salam..
Aktiviti terbaru saya sekarang ni baca blog orang..singgah blog orang tanpa meninggalkan kesan..Actually walaupon saya x meninggalkan jejak dekat blog orang tu, tapi saya selalu follow blog diorang, untuk setakat ni blog yang saya suka xla banyak pon just dua-tiga orang jerk...ada yang saya kenal and ada yang xkenal pon..
So, baru-baru ni saya ada singgah satu blog ni, blog ni cerita pasal TTC..memang kena sangat dengan diri ini...

Mula-mula xtau pon apa tu TTC sampai search dekat google and then baru tau maksud nyer tu...

Bila baca kisah diorang saya rasa saya x keseorangan dalam hal ni..ramai lagi yang mengalami nasib yang sama..Baca kisah diorang buat saya lagi bersyukur..Penah satu tahap dimana saya rasa sangat2 stress bila dapat tau kawan-kawan yang kahwin lagi lewat dari saya dah ada anak, and lagi stress bila adik-beradik yang rapat dari kita akan tambah anak lagi dan penah jugak sampai satu tahap dimana saya mendoakan yang xbaik-baik untuk kandungan mereka..terasa syaitan dah berjaya buat saya menjadi orang yang paling teruk..

Baru-baru ni officemate yang baru kahwin 8 bulan dah disahkan pregnant..memang seronok bagi pihak dia, tapi dalam hati ni hanya tuhan saja yang tahu betapa sedih nya saya coz bukan saya yang terima berita baik tu..sambil cakap dalam hati nanti turn aku pulak akan sampai, mungkin sekarang ni bukan rezeki kami lagi..

X tahu la sampai bila ayat penyedap hati tu boleh menyedapkan hati ni..Tapi bila dah baca kisah diorang saya rasa bertambah semangat nak berusaha lagi walau dengan apa cara sekalipun tapi biarla dengan cara yang kami mampu..

p/s: sekarang ni dh rasa mcm cik 'p' nak datang..bulan lepas seminggu lewat, bulan ni rasa macam terawal la pulak..xkan kesan Jus perawan tu kot???huhu

16 April, 2013

Usaha Tangga Kejayaan

Salam..
Sekarang ni rasa macam tersanggat rajin plak nak update blog sejak2 ada line tenet kat rumah baru ni...
Disebabkan masa untuk menunggu husband terchenta sampai rumah dalam pukul 10.00 lebih (mlm hokeh) so xdak keja nak wat baik hapdet blog yang makin lama makin usang nih...

Sebenarnyer entry kali ni nak cerita pasal 'Pregnancy Treatment' yang penah saya buat dulu..sekarang ni dah bulan 4, masih xdak apa-apa berita baik yang kami terima..

Lepas kali terakhir saya mengurut dengan Bidan tu, bidan tu kata, kali ketiga berurut dengan dia lepas tu just wait & see..Jgn pegi berurut dengan orang lain dah coz x semua orang yang mengurut akan serasi ngan kita & x semua orang boleh pegang kita punye perot..(ni apa yang bidan tu gtau la)..So sekarang ni saya dah x pegi mengurut kat mana2 bidan dah tapi kami try cara lain pulak...

Wat masa sekarang ni kami laki bini tengah try satu produk ni..Ni pon officemate yang rekomen kan..Produk dari D'Herbs, mungkin ramai orang yang dah tau, tapi tetap nak show gak pada yang xtau lagi

Ni la rupe Jus perawan ni.. (gambar copy dari internet)

Banyak jugak la khasiat benda ni, yang ni saya copy jer dari blog orang lain

Khasiat Juice Perawan D'Herbs:-
1) Merawat masalah keputihan & haid yang tidak teratur.
2) Menaikkan tulang punggung & payudara wanita agar lebih montok & anjal.
3) Menyuburkan rahim & peranakkan wanita ( baik untuk wanita yang sukar mendapatkan zuriat).
4) Menegang & mencerahkan kulit.
5) Melambatkan proses monopous.
6) Memberikan tenaga dalaman wanita.
7) Meningkatkan sistem imunisasi.
8) Mengurangkan senggugut.
9) Menambahkan keinginan seksual wanita & mengeratkan hubungan suami isteri
10) Sesuai untuk gadis  dan wanita yang sudah berumahtangga. 


Ni Jus arjuna untuk lelaki

Khasiat Jus Arjuna Maxx De Herbs
1)mengekalkan khasiatnya sebagai makananan tambahan untuk lelaki
2)Meningkatkan stamina dan metabolisma badan.
3)Melancarkan peredaran darah dan menguatkan sistem imun badan.
4)Meningkatkan tenaga batin dan nafsu syahwat.
5)Menyembuhkan mati pucuk dan menstabilkan hormon lelaki.

Setakat ni, yang ni sajalah yang mampu untuk kami usahakan dulu..Oh ye, memang kami ada planning untuk jumpa doktor sakit puan lepas dah selesai masalah pindah rumah cuma xtau je bila masa yang sesuai..

p/s: Ramai adik-beradik & kawan2 ada cakap lepas masuk rumah baru mungkin rezeki untuk dapat anak akan datang pulak..Aminn untuk doa-doa kalian

15 April, 2013

Pindah Rumah Baru

Salam..

Akhirnya, kami dah pun pindah masuk rumah baru. Betul-betul rasa macam seketul batu dh lepas dari bahu..Huhhh
Agak lama jugak la x hapdet menatang alah ni disebabkan kesibukan kerja & kesibukan mengemas barang sebelum pindah & selepas pindah. Well bagi sesapa yang dah penah merasai macam mana situasi pindah rumah ni, mungkin x payah nak cerita dah la..tapi pada yang x penah rasa tu satu hari nanti mungkin akan rasa jugak la..

Actually pindah rumah bagi saya, memang dah banyak kali dah merasa sebab abah anggota polis & kami memang kerap pindah merata, tapi masa dulu x terasa sangat situasi ni sebab time kecik-kecik, masalah-masalah pindah ni mak ngan abah je yang tau..huhuhu

Tapi bila dah kahwin & dah ada rumah sendiri baru tau susah senang, perit -getir yang kena harung(ayat x bleh blah). Xmo melalut cerita dolu-dolu sekarang balik pada cerita asal pasal pindah... 

Entry yang last aritu ada metioned pasal memang kitorang nk pindah dalam bulan 3 jugak coz duit rumah sewa memang kitorang x bayar dah, preparation nak masuk semua dah siap, tempah langsir, buat grill, panggil orang wat wiring & dah cari lori untuk bawak barang dari Penang ke Kulim..Actually pasal lori pon ada crita nyer jugak, tapi  nanti saya cerita..

Sebenarnyer nak pindah rumah baru ni banyak benda yang kena fikir kalau nak dibandingkan dengan beli rumah second hand( sub-sale). Benda-benda macam kipas & lampu memang developer x provide, itu semua atas kita, so nak masuk rumah baru kena ada duit/modal untuk beli semua barang tu, tu x termasuk duit grill dengan buat wiring, memang banyak belanja..So bagi kami laki bini, kami keluarkan duit untuk benda-benda ni memang banyak coz husband kata baik beli yang elok2 sebab rumah ni memang hakmilik kami, atleast kalau nak melaram kat rumah sendiri xdak la rasa rugi..

Itu cerita pasal rumah baru, rumah yang sewa lain plak cerita..masa Rumah baru dalam process untuk buat semua benda ni, kami kena la ngemas barang-barang kat rumah sewa..Barang-barang kat rumah tu xdak la banyak mana pon. Barang-barang besar just peti ais, almari baju, katil, tilam, mesin basuh, rak tv, almari dapur tu je la..tapi yang spoil nyer barang-barang kecik, macam-macam benda..xtau nak explain..Oh ye, sebelum kemas barang kena la cari kotak-kotak dulu, husband dapat cari kotak dekat kawasan kilang dekat Batu Maung, kena beli tau, sekotak RM3.50 (agak mahal jugak la).

Sebelum nak angkat barang-barang, kami kena pegi cuci rumah dulu, bayangkanlah time tu cuma Tuhan saje yang tau penat Nye pindah rumah ni, ulang alik dari Penang ke Kulim dari hari khamis start cuti (21/3/2013) sampai ari nak pindah (23/3/2013) memang agak kelam kabut dan rasa macam diri ni dah x terurus sangat..Then yang paling tercabar sekali bila time-time nak pindah rumah la nak demam selesema..(Dugaan btol)

Time hari yang nak pindah tu kami ada masalah dengan lori plak..Lori yang dah di booking awal-awal tu, sebenar Nye lori dekat tempat keja Bapak sedara sebelah saya, memang Pakcik yang akan bawak, dah janji dalam pukul 1.00 tgh ari cmtu lori akan datang coz orang nak angkat barang pon akan datang time yang sama jugak, tapi dah last-last minit kata lori tu free pukul 4..Ya Allah banyak betul dugaannye, then husband pon try Tanya kawan-kawan yang lain kalau ada lori yang on the spot boleh sewa, nasib baik la ada..

Memang perancangan yang kami buat masa hari nak pindah tu berjalan dengan lancar tapi banyak dugaan..

Hari ahad (24/3/2013) kami adakan kenduri untuk masuk rumah baru, ramai orang pelik coz rumah x abis kemas, penat pindah x abih lagi dah buat kenduri plak?? Itu pon rancangan kami laki bini gak sebab xmau penat banyak-banyak kali, nak letih sekali harung je orang kata..

Tapi alhamdullillah, semua berjalan ngan lancar, kenduri selesai kami pon start la mengemas barang..sampai ke hari ni kemas barang x abih-abih lagi...



Ruang Tamu yang masih guna barang-barang lama cuma modified ckit-ckit jer



Dekat tempat makan pon sama..still guna meja makan yang lama




06 March, 2013

2nd Anniversary

Salam...
5/3/2013 hari ulangtahun perkahwinan kami yang kedua..
Actually my planned nak buat surprised dekat husband untuk pegi bercuti dekat Pulau Pangkor yang mana misi ni sebenarnya adalah salah satu daripada 2013 punya azam nak pegi bercuti..huhuhu

Tapi disebabkan keadaan kewangan yang agak terhad dengan persiapan masuk rumah baru nanti, so percutian ni di tunda (ehem..ehem..bukan dicancel tapi ditunda hokey..)..So we ( me & husband) decided nak ajak family makan-makan besar (xde la besar mana pon) just macam family dinner dekat "Teluk Tempoyak" Penang..Malam tu dah janji ngan M.I.L ngan adik beradik sebelah husband also my sis and B.I.L nak blanje diorang makan..

Dalam pukul 8.00 mlm cmtu kitorang kumpul kat tempat tu actually tempat makan tu sbenar nye memang tempat favourite husband ngan family dia makan-makan, i just follow jer...Ok la makanan dia, menu malam tu:-
  • Ikan Bakar nagan air asam (satu kemestian)
  • Sup daging
  • Sayur kailan ikan masin
  • Sotong goreng kunyit (sotong goreng tepung xda)
  • Telur bungkus
  • Air Laici and Jus carrot
Memang meriah sangat tapi x capture plak moment tu coz terlalu excited nak makan..(maklumla lunch x pegi makan huhu)

Well ini jer la cara kami sambut ulangtahun perkahwinan..




   

04 March, 2013

Rumah ku Syurga ku

Salam..
Dah lama x update blog, tiba2 arini rsa cam nak update coz ada banyak benda yang nak di 'share'kan..Tengok dari tajuk entry ni rasa-rasanya dah tahu kot apa yang nak di'share'kan tu..

Firstly, kami dah dapat kunci untuk rumah baru (finally) tapi sebelum nak dapat kunci tu bermacam-macam hal yang kena buat, macam-macam benda yang xbetul yang misti dibetulkan, tapi alhamdullillah kami dapat jugak kunci, itu yang main point nye...

Pengalaman beli rumah baru/masuk rumah baru ni actually boleh kongsi dengan sume orang..Even dah dapat kunci pon masih banyak benda yang perlu difikirkan, jangan ingat dah bayar 10% downpayment, bank dah approved kita pnya loan, S&P dah sign, duit lawyer dh abis bayar, pinjaman bank dah start kena bayar tu semua dah boleh layak dapat kunci..of course la kena tunggu CF @ OC @ sijil layak menduduki dulu..

So, macam ni la cerita nya, lepas oc dah dapat, kami dapat 1 surat dari developer kata rumah dah dapat oc dan dah boleh pegi ambik kunci..Dalam surat, memang nampak macam senang jer boleh dapat kunci tapi bila terpandang satu statement yang kata kami diminta untuk bayar interest sebab lewat dan kena bayar duit pendaftaran rumah & duit pendaftaran air...Total lebih kurang RM600.00 (tapi developer kasi diskaun kena bayar dalam RM500 jer)

Bila difikir-fikir balik pasal duit interest yang kami kena bayar tu macam x logik plak...Bila yang kami lewat? so husband pon call la developer tu and dia punya explaination mcm ni.. "interest sebab tunggu 10% downpayment dari encik lewat dari tempoh S&P sign, dalam 3 minggu" so kami laki bini memang malas nak fikir bayar je la nanti time pegi amik kunci, tapi bila tnya bila boleh pegi amik kunci ini yang developer gtau.. "Encik x boleh amik kunci lagi sebab bank x buat full settlement lagi"..Whattttt?? Mcm ni ke kalau beli rumah baru terlalu banyak procedure..

Then tunggu punya tunggu dalam 2 minggu lebih gak la baru developer kata boleh p amik kunci..So masa and hari yang ditetapkan untuk pegi site visit rumah..Rupa nya that day still x boleh amik kunci lagi coz banyak benda yang nak direpair, ada crack, kena touch up sana sini lagi..very2 frustrated..hmmmmm

Lepas raya cina kami pegi lagi sekali untuk ambil kunci and yes we got the key already...rasa lega sangat-sangat then mula la planning macam-macam untuk buat kat rumah tu..
1) kena masuk Elektrik
2) Buat Grill & tambah awning
3) Pasang lampu & kipas
4) Tempah Langsir

And guess what, we planning to moving in this march..
So excited..


view dari depan

No. Rumah, macam cantik jer no ni...

So confius, Lorong  or persiaran KTC 2/15

Ruang dapur yang sangat comel

Ruang tamu







 

30 January, 2013

Pregnancy Treatment (Part II)

Salam semua,

Ni entry sambungan daripada yang part I aritu..

January 2013

Treatment yang kedua aritu masih x membuahkan hasil, so bulan ni masih meneruskan cara yang sama..

  • Masih lagi mengurut untuk yang ketiga kali nya
  • Masih lagi makan ubat untuk tambah darah (sangobion)
  • Masih lagi berpantang dengan makanan-makanan yang x sepatutnya
  • Dan masih lagi mengamalkan makanan yang sihat
So, untuk bulan seterusnya kami mengharapkan keajaiban berlaku..(wahhh ayat)

05 January, 2013

Pregnancy Treatment (Part I)

Intro

Salam semua...

Tahun 2013 ni, mula-mula sekali nak wat entry pasal 'Pregnancy Treatment'.

Acctually, the reason why i wrote this entry coz nak buat pemantauan dari minggu ke minggu & dari bulan ke bulan sepanjang tempoh treatment ni sehingga pregnant..Wahh ni antara azam dan misi untuk tahun 2013.. So, entry & blog ni just nak share dengan orang yang mengalami nasib yang sama macam kami suami isteri..

Well, ni bukan kali pertama treatment yang kami ambil, tapi dah nak masuk kali yang ke-4 kalau x salah la..Treatment yang dimaksudkan bukanla ivf yang ribu riban tu tapi rawatan tradisonal..

Mungkin x semua orang suka untuk buat rawatan tradisional sebab orang akan fikir rawatan tradisional ni x boleh tahu sakit/benda yang ada kat dalam badan kita..Yes, itu memang x dinafikan, bidan xkan tahu sama ada ovari kita tersumbat ke, ada fibroid ke, ada msalah pcos ke, atau ovari x matang ke..Teknolgi terkini atau doctor saja yang boleh sahkan benda ni bila kta buat pemeriksana ngan diorang, tapi apa suggestion yang doctor akan bagi klu kita ada masalah seperti tadi??? Mungkin akan bagi ubat atau kalau ada fibroid ,mungkin akan dibedah..

Macam mana kalau buat rawatan tradisional dengan bidan, macam mengurut??Adakah doctor boleh mengurut untuk membetulkan keadaan rahim yang senget, yang dah jatuh kebawah??? well soalan ni mungkin xramai yang boleh jawab.. saya sendiri pon x tahu ..

So, kami memilih untuk mencuba kedua-dua sekali..
Setelah hampir 2 tahun mencuba macam-macam ubat (biodex, lumiglow, clomid), mengurut dan buat ujian kesuburan, kali ni kami nak try lagi sekali untuk cuba rawatan tradisional disamping tu gunakan ubat moden..Macam mana tu??? Hokey meh sini nak citer...

November 2012    

Start hujung November 2012, saya berurut dengan sorang akak ni nama nye Kak Ina (nama pangilan). Berurut secara tradisional ni macam biasa la dia akan check perut dan tengak rahim cantik ke tak..mungkin bidan ni tau la kot macam mana cantik nya rahim orang tu, so sebelum dia check perut dia tengok muka saya & kata saya ni kurang darah..So peliks, tengok muka pon dah tau ke??? Mungkin ya kot, coz dia kata muka saya pucat x merah..
Then dari situ dia agak, masalah saya sebenarnye mungkin telur x cukup matang  atau dalam kata lain telur x besar..
Macam mana boleh jadi macam tu???
Dia kata sebab saya kurang darah merah, bila kurang darah merah telur nak membesar susah..
Dia suggest saya ambil ubat untuk tambah darah merah, ubat tu nama 'Sangobion', then dia kata lagi saya ni kurang makan sayur hijau, that so true..memang saya jenis x suka makan sayur, nasihat nyer cuba banyakkan makanan hijau macam sayur..then kena pantang makan jugak, nanti saya listkan..

Pelik x kalau seorang bidan syorkan kita untuk amik ubat yang beli di farmasi???

So, rupe-rupenye akak ni penah belajar pasal berubatan skit-skit..tapi dia juga ada kelebihan untuk buat rawatan tradisional, dari situ saya rasa x salah kalau mencuba dengan akak ni coz dia tau kedua-dua..

Selama sebulan saya ambik ubat 'Sangobion' still xdak perbezaan ngan muka saya, still nmpak pucat, why????? then, bulan 12 still kena buat treatment lagi dengan akak tu sebab period macam biasa, xdak tanda2 pregnant pon, so sad....

December 2012 

Saya still berurut dengan kak Ina, tapi apa yang saya dapat tahu dari akak tu, knapa muka saya still nmpak pucat??rupa-rupe nye ubat tu langsung x masuk dalam badan saya, mungkin cara pengambilan ubat tu salah...well lepas berurut bulan ni, harapan kami untuk dapat anak bulan depan sangat-sangat dinantikan, harap-harap ada la..
Kalau x da lagi, bulan depan still kena continue berurut n makan ubat...

Kat sini nak kongsi sikit info yang akak tu  bagi dekat saya;-

Pantang Larang
  • Hentikan pengambilan air teh dan yang berkafien (kopi, nescafe)
  • Timun
  • Kobis
  • Air Limau (limau akan potong ubat yang kita ambik)
  • Jeruk/Asam (expecially jeruk buah salak)
Kena Makan/Amalkan
  • Sayur-sayuran
  • Kerang
  • Hati

Oh ye, 1 lagi info, akak tu ada cakap knapa ubat tu x jalan dalam badan saya, mungkin sebab cara ambil salah then dia suruh sebelum makan ubat tu, ambil fresh orange, makan breakfast and baru ambik ubat tu..