16 April, 2013

Usaha Tangga Kejayaan

Salam..
Sekarang ni rasa macam tersanggat rajin plak nak update blog sejak2 ada line tenet kat rumah baru ni...
Disebabkan masa untuk menunggu husband terchenta sampai rumah dalam pukul 10.00 lebih (mlm hokeh) so xdak keja nak wat baik hapdet blog yang makin lama makin usang nih...

Sebenarnyer entry kali ni nak cerita pasal 'Pregnancy Treatment' yang penah saya buat dulu..sekarang ni dah bulan 4, masih xdak apa-apa berita baik yang kami terima..

Lepas kali terakhir saya mengurut dengan Bidan tu, bidan tu kata, kali ketiga berurut dengan dia lepas tu just wait & see..Jgn pegi berurut dengan orang lain dah coz x semua orang yang mengurut akan serasi ngan kita & x semua orang boleh pegang kita punye perot..(ni apa yang bidan tu gtau la)..So sekarang ni saya dah x pegi mengurut kat mana2 bidan dah tapi kami try cara lain pulak...

Wat masa sekarang ni kami laki bini tengah try satu produk ni..Ni pon officemate yang rekomen kan..Produk dari D'Herbs, mungkin ramai orang yang dah tau, tapi tetap nak show gak pada yang xtau lagi

Ni la rupe Jus perawan ni.. (gambar copy dari internet)

Banyak jugak la khasiat benda ni, yang ni saya copy jer dari blog orang lain

Khasiat Juice Perawan D'Herbs:-
1) Merawat masalah keputihan & haid yang tidak teratur.
2) Menaikkan tulang punggung & payudara wanita agar lebih montok & anjal.
3) Menyuburkan rahim & peranakkan wanita ( baik untuk wanita yang sukar mendapatkan zuriat).
4) Menegang & mencerahkan kulit.
5) Melambatkan proses monopous.
6) Memberikan tenaga dalaman wanita.
7) Meningkatkan sistem imunisasi.
8) Mengurangkan senggugut.
9) Menambahkan keinginan seksual wanita & mengeratkan hubungan suami isteri
10) Sesuai untuk gadis  dan wanita yang sudah berumahtangga. 


Ni Jus arjuna untuk lelaki

Khasiat Jus Arjuna Maxx De Herbs
1)mengekalkan khasiatnya sebagai makananan tambahan untuk lelaki
2)Meningkatkan stamina dan metabolisma badan.
3)Melancarkan peredaran darah dan menguatkan sistem imun badan.
4)Meningkatkan tenaga batin dan nafsu syahwat.
5)Menyembuhkan mati pucuk dan menstabilkan hormon lelaki.

Setakat ni, yang ni sajalah yang mampu untuk kami usahakan dulu..Oh ye, memang kami ada planning untuk jumpa doktor sakit puan lepas dah selesai masalah pindah rumah cuma xtau je bila masa yang sesuai..

p/s: Ramai adik-beradik & kawan2 ada cakap lepas masuk rumah baru mungkin rezeki untuk dapat anak akan datang pulak..Aminn untuk doa-doa kalian

No comments:

Post a Comment